News

Holstein Milk Company’s Home-Dealers featured on Berita Harian

Razalina with her customers. Photo by Muhd Asyraf Sawal, Berita Harian.


Masih terbayang di fikiran Razalina Abd Razak menjual kuih-muih dan kek lapis di pasar tani sekitar Kuantan pada tahun 2011 bagi menambah pendapatan selepas suaminya, Wan Hamdan Wan Kamis bersara daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Walaupun pendapatan diperoleh agak berbaloi, namun ia dirasakan tidak memadai dengan kesukaran perlu dilalui termasuk membahagikan tugas bekerja sebagai Pegawai Waran Satu TLDM di Pangkalan Tanjung Gelang, Kuantan.

Namun, keadaan berubah selepas ibu kepada enam anak berusia 39 tahun itu memutuskan menjadi pengedar produk susu jenama Farm Fresh dikeluarkan The Holstein Milk Sdn Bhd (Holstein) iaitu syarikat pelaburan milik Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Strategi perniagaan

Razalina berkata, dia mengeluarkan modal RM500 untuk menjadi pengedar atau lebih dikenali sebagai home dealer pada Oktober tahun lalu dan mendapat bimbingan daripada stokis bagi daerah Kuantan, Hasnah Abdullah, 31, yang mendedahkannya dengan strategi perniagaan serta promosi yang betul dan berkesan.

“Saya mempromosikan produk susu Farm Fresh menerusi media sosial dan berniaga secara belian tunai (COD) serta di pasar tani sekitar Kuantan. Saya bersyukur mampu mencatat jualan sekitar RM28,000 sebulan.

“Saya memperoleh keuntungan RM4,000 sebulan dan dianggap berbaloi kerana tidak perlu bersusah payah seperti sebelum ini. Paling penting saya dapat meluangkan masa bersama keluarga dan menambah pendapatan.

“Perniagaan ini mudah dijalankan, saya boleh menghantar produk kepada pelanggan dalam perjalanan pulang ke rumah di Semambu selepas waktu bekerja, malah suami juga banyak membantu menjual susu ini di pasar tani,” katanya yang mahu memfokus sepenuhnya perniagaan itu selepas bersara tahun depan.

Excerpt from ‘Perniagaan susu Holstein jana hasil lumayan’ by¬†Amin Ridzuan Ishak, Berita Harian